TELEFON KAMI+49 (0) 800 50 90 90 5
ISNIN – KHAMIS 8:00 PAGI – 4:00 PETANG
KEMBALI KEPADAWWW.GFW-BILDUNG.DE
Bersama kami menyelesaikan cabaran anda dan kami akan terus berusaha sehingga matlamat anda tercapai.
Berbicaralah dengan pihak pengurusan kami di China atau juga dengan pihak GFW International di Jerman – kami berbesar hati untuk memberikan anda khidmat nasihat serta membangunkan penyelesaian khusus berdasarkan keperluan anda berkait soal latihan, pendidikan lanjutan dan lawatan sambil belajar.
Cik Jiang telah menimba pengalaman sejak 2013 dalam bidang Pendidikan Dwi Vokasional Jerman (German Dual Vocational Education). Beliau merupakan pakar dalam bidang pendidikan Jerman. Ini meliputi ujian APS, permohonan kemasukan ke universiti Jerman, permohonan visa dan lain-lain hal berkaitan. Beliau telah membantu ratusan pelajar bagi mendapatkan tawaran daripada universitiuniversiti Jerman serta mengekalkan usahasama erat selama 7 tahun dengan syarikat-syarikat serta institusi-institusi Jerman.
Cik Li telah bertugas sebagai ahli dalam bidang sumber manusia selama lebih 30 tahun semenjak 1986. Beliau telah menimba pengalaman luas serta menawarkan khidmat nasihat profesional tentang perancangan karier, pendidikan pelajar di peringkat kolej dan latihan amali, penempatan pekerjaan, aktiviti kurikular, psikologi pelajar dan lain-lain.
Cik Wu, mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang Perundangan, telah bertugas semenjak graduasi pada 2011 sebagai seorang peguam. Mempunyai kemahiran dalam bidang perdagangan, ekonomi dan perundangan komersial. Beliau telah memulakan langkah dalam bidang pendidikan Jerman pada 2015. Beliau memberikan fokus berkaitan pendidikan Jerman, khidmat guaman, serta mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang diceburi. Ketika ini beliau bertanggungjawab berkaitan soal runding cara guaman dan pemasaran.