TELEFON KAMI+49 (0) 800 50 90 90 5
ISNIN – KHAMIS 8:00 PAGI – 4:00 PETANG
KEMBALI KEPADAWWW.GFW-BILDUNG.DE
Kejayaan bagi sesebuah syarikat bertaraf nasional mahupun antarabangsa sememangnya berhubung kait secara langsung dengan faktor tenaga pekerja. Perubahan pesat di peringkat antarabangsa dan global khususnya bagi pasaran dunia memerlukan tenaga kerja yang fleksibel.
Kelayakan vokasional secara terperinci bermula sejak Era Perindustrian di Jerman – yakni dengan bermulanya mesin tenun mekanikal (sekitar 1800). Latihan ini bermula di lembaga kemahiran (Lembaga Kemahiran Pekerja) dan kemudiannya melibatkan pihak industri, (dewan perdagangan dan industri). Langkah ini seterusnya menjurus kepada tertubuhnya sistem yang dikenali sebagai Sistem Latihan Dwi Vokasional – “Dual Vocational Training System” yang dikenali di serata dunia.
70% daripada latihan vokasional ini dijalankan dengan pihak industri dengan latihan khusus di bengkel serta firma pembuatan, sementara lagi 30% daripada latihan dijalankan di sekolah atau pusat latihan vokasional. Sejumlah institusi pendidikan awam dan swasta telah ditubuhkan bagi menawarkan kursus lengkap dan latihan vokasional menurut tahap tertentu.
Asas bagi kekuatan ekonomi Jerman (peneraju bagi eksport sedunia) terletak pada standard kualiti yang tinggi.
Bagaimanakah ini dicapai?
Selain pelbagai faktor penyumbang, seperti hal-hal yang sering diberikan perhatian sebagaimana prasarana, pembangunan, pengurusan kualiti dan penyelidikan, jaminan utama bagi kekuatan ekonomi dan pembangunan berkait tentang tahap pendidikan terutamanya kelayakan vokasional bagi sesebuah populasi. Pendekatan latihan bersifat amali yakni latihan vokasional ini bermula selama tiga tahun atau tiga tahun setengah. Ini bermakna seseorang harus mencapai syarat pendidikan formal sekurang-kurangnya selama sembilan tahun sebelum mengikuti latihan vokasional.
Anda boleh memilih lebih 450 pekerjaan yang berbeza serta mengikuti pendidikan vokasional di Jerman dan ini seperti yang termaktub menurut “Berufsbildungsgesetz” iaitu Ordinan Pendidikan Kebangsaan Jerman. Kesemua ujian dan peperiksaan diselia secara berpusat dan mereka yang melengkapkan latihan serta ujian ini akan menerima persijilan kelayakan. Fokus bagi latihan ini ialah berdasarkan kepada latihan bersifat amali.
Kualiti bagi latihan vokasional bergantung kepada tahap kemahiran teknikal dan pedagogi tenaga pengajar selain kepelbagaian kaedah pengajaran dan alat bantuan mengajar. Selanjutnya prasarana latihan yang disediakan juga harus menepati keperluan pedagogi bagi latihan vokasional dengan mengambil kira keperluan masa bagi memenuhi kedua-dua latihan teori dan amali yang menyumbang kepada kejayaan program tersebut.