GFW International

Pendidikan menghubungkan dunia dan tidak mengenal erti sempadan

Pendidikan menghubungkan dunia dan tidak mengenal erti sempadan

GFW International – Program pendidikan “Made in Germany”

Matlamat ialah tujuan kami: Khidmat nasihat kami menentukan matlamat kami dan pelanggan kami

Mengenai Kami

Mengenai Kami

GFW International ialah sebuah syarikat pendidikan global Jerman. Kami menawarkan sokongan bagi pelaksanaan “German Dual Vocational Training System” di negara-negara yang berminat serta menjalankan seminar pengajaran bersama tenaga pengajar kami di lokasi.

Selanjutnya kami memenuhi keperluan bagi pasaran antarabangsa menerusi kepakaran khidmat nasihat kami tentang sistem pendidikan Jerman.

Bermula dengan inkuiri daripada pihak institusi asing seperti kolej mahupun universiti, kami akan membincangkan soal matlamat serta peluang di peringkat serantau bagi negara yang berkenaan.

Langkah seterusnya adalah membangunkan konsep yang direka khusus, meliputi kumpulan sasaran, kos, peluang penajaan, pelaksanaan berkala serta akhir sekali kajian kebolehlaksanaan.

GFW International adalah sebahagian daripada GFW Academy Group, dengan pengkhususan pelbagai sektor berkaitan “German Dual Vocational Education System”. Pelanggan kami terdiri daripada syarikat swasta, orang perseorangan mahupun institusi kerajaan. Kami juga turut bekerjasama dengan pihak organisasi bukan kerajaan. Untuk itu maka kami adalah ditauliahkan menurut pengurusan kualiti Jerman.

Kumpulan sasaran kami adalah:

  • individu yang mencari pekerjaan yang bersesuaian
  • individu yang mahu mendapatkan kelayakan tambahan bagi meningkatkan peluang pasaran kerja
  • syarikat/majikan yang mencari pekerja yang berkelayakan dan berkemahiran tinggi
Tempoh

Tempoh

  • Bagi mendapatkan kelayakan persijilan terdapat kursus yang memakan masa selama sehari atau sehingga 12 bulan, dengan menduduki ujian yang disahkan samada oleh pihak lembaga awam mahupun oleh organisasi yang diiktiraf antarabangsa.

Ibu pejabat

  • Ibu pejabat GFW International terletak di tengah-tengah bandar Köln dengan subsidiarinya yang terletak di bandar-bandar lain di serata Jerman.
GFW International

GFW International

  • GFW International telah ditubuhkan pada 2018 dengan tujuan mengembangkan operasi di pasaran antarabangsa. Sungguhpun syarikat ini masih baru, namun anda boleh mendapatkan pengalaman berusia lebih 70 tahun berkaitan pendidikan antarabangsa dan khidmat nasihat daripada anggota pengurusan syarikat kami.

ANDA ADA SEBARANG PERTANYAAN?Hubungi kami

TELEFON KAMI
+49 (0) 800 50 90 90 5
IBU PEJABAT
Eupener Straße 150 D-50933 Köln
ISNIN – KHAMIS
8:00PAGI – 4:00PETANG

    Bagaimana kami boleh membantu anda?

      Bagaimana kami boleh membantu anda?

      Cookie Consent with Real Cookie Banner